/>

Sunday, March 2, 2014

Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal


Latar belakang 


  • Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah. 
  • Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau telah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian Selangor. Kemudian beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.
  • Pada peringkat kerjaya inilah beliau mula memperkukuhkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kecekapan yang diperlukan dalam pembangunan hartanah sehingga beliau mempunyai keyakinan sepenuhnya untuk memulakan usaha perniagaan sendiri. Ini telah mendorong beliau menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY pada tahun 1983.
  • Berbekalkan pengalaman sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Galian serta pengalaman selama kira-kira 21 tahun dalam industri pembangunan hartanah, Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal dikenali sebagai seorang Pengerusi Eksekutif yang aktif dan praktikal, dalam menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi Kumpulan dengan merangka wawasan serta matlamat, pada masa yang sama, mencurahkan pengetahuan luas yang beliau miliki dalam industri kepada kakitangannya.
  • Tan Sri juga banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah tempatan dan antarabangsa. Antara lain, beliau adalah Pengarah South-South Corporation Berhad(MASSCORP) ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA) dan Penyelaras Negara bagi Afrika.
  • Pada 15 Mac 2004, Tan Sri telah dianugerahkan dengan pengiktirafan “Professor Adjung” oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Beliau juga menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana.




Projek-projek besar MK Land Holdings Berhad 

  • Di bawah kepimpinan Tan Sri Mustapha, MK Land Holdings Berhad melibatkan diri dalam banyak projek. projek perumahan Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-duanya di Petaling Jaya. 
  • Projek itu, dengan lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga Emas Petaling Jaya. Kawasan itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat membeli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan Cathay Cineleisure.
  • Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta, projek perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak iaitu bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.

Anugerah



  • Tan Sri telah diberikan beberapa anugerah sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar yang beliau curahkan sepanjang tempoh kerjaya beliau yang cemerlang. Antaranya, Anugerah Usahawan Cemerlang Selangor pada tahun 1995 oleh Dewan Perniagaan Melayu Selangor; FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta Anugerah Personaliti Cemerlang Industri Pembangunan Tahun 2001 daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.
  • Beliau juga telah menerima Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja Muda Perak. Tan Sri juga telah dicalonkan untuk menerima Ernst & Young Entrepreneur Award 2002 dalam Kategori ‘Master Enterpreneur’. Tan Sri adalah bapa mertua kepada En Vernon Azhar Edmett bin Bryan Allen Edmett, seorang pengarah dalam Syarikat.


1) Kenapa saya memilih Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal :

Penumpuan pada gaya hidup canggih. Tidak ramai usahawan yang mementingkan gaya hidup yang mementingkan IT. Beliau merupakan salah seorang usahawan yang menggunakan IT dalam peniagaannya. Beliau juga mengambil risiko setiap apa yang dilakukan serta melakukan pembaharuan. Semua projek perumahan MK Land Holdings Berhad dilengkapkan dengan infrastruktu rteknologi maklumat dan komunikasi . Hal ini kerana, beliau ingin rakyat Malaysia  hidup dengan memanfaatkan IT atau e-lifestyle township. 


Beliau juga seorang usahawan yang cintakan kebajikan. Tan Sri Mustapha adalah seorang usahawan dermawan dan suka melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan.  Contohnya, beliau banyak memberi sumbangan kepada pendidikan orang pekak.  Sumbangannya juga telah diiktiraf apabila beliau dianugerahkan anugerah Caring Hearts. Beliau juga tidak sombong dengan pangkat yang dia ada dan seterusnya lebih mesra bersama masyarakat sekitar. 

2) Bagaimana beliau membangunankan dan pembangunan perniagaan :

Syarikat pertama beliau ilah MK Land Holding berhad yang memjalankan pembagunan hartanah. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 2 Ogos 1978. Pada asal pembinaan syarikat ini, ia hanya dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd yang berasaskan pembuatan dan penjualan biskiut dan bahan makanan yang terletak di Melaka, setelah syarikat awal berliau tersenarai dalam BSKL namanya telah ditukar kepada MK Lank Holding Berhad pada 27 Ogos 1999.

Pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Ini adalah kerana Tan Sri Mustapha bercadang untuk terus menumpykan perhatian kepada pembagunan hartanah dan pelaburan.

Setelah beliau lebih focus kepada syarikat pembagunan hartanah, beliau Berjaya membangunankan kawasan-kawasan yang pada mulanya satu kawasan yang terpencil dan tidak mendapat perhatian penduduk menjadi satu kawasan yang  elit yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi. MKland juga tidak tidak tertumpu kepada pembagunan hartanah beliau terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown resort dan Langkawi Lagoon.

Beliau berani memulakan sesuatu yg baru dengan mengetengahkan cara hidup “e-lifestyle township” yang moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat MKland. 

Sumber : http://malaysiantopusahawanproperty.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment