Antara masalah yang dihadapi bakal peniaga baru adalah:
1. Tiada idea hendak memulakan perniagaan -
Kesudahannya terus berhenti bercita-cita hendak berniaga. Fikir punya fikir, akhirnya terus bekerja makan gaji sehingga pencen.
2. Tak tahu macam mana nak memulakan perniagaan -
Idea perniagaan dah ada, tapi cara nak mula tak tahu. Buntu mencari cara hendak memulakan perniagaan. Kekurangan pengalaman adalah antara faktor kebuntuan dalam memulakan perniagaan ini.
3. Kebuntuan ini didorong oleh kekurangan modal permulaan -
Memang tak dinafikan kebanyakan peniaga berjaya bermula secara kecil-kecilan, tapi disebabkan ingin berniaga secara kecil-kecilan inilah yang membantutkan fikiran bakal peniaga.Bukan senang hendak membina 1 perniagaan baru dengan modal yang minima. Maka, hanya mereka yang benar-benar berjiwa besar sahaja mampu berniaga.
4. Sukar mendapatkan sumber kewangan -
Tidak terhad kepada bantuan kewangan melalui bank atau institusi kewangan. Sumber kewangan boleh juga dijana dari saudara mara atau rakan kongsi, tapi memang sukar bagi kita bangsa Melayu dalam meyakinkan saudara mara untuk meminjam wang. Melainkan saudara mara anda itu cukup rapat dengan anda.
5. Kekurangan motivasi dan pendorong -
Memang nampak ringan faktor ini, tapi cuba bayangkan anda sedang bersemangat hendak memulakan perniagaan dan bercerita tentang rancangan anda kepada keluarga anda ataupun orang sekitar anda tidak memberikan dorongan kepada anda.
6. Berniaga adalah perkara luar biasa -
Kebiasaan kepada lepasan ijazah adalah bekerja dan berlumba-lumba mencari pekerjaan. Begitu juga dengan lepasan sekolah, mereka berlumba-lumba menyambung pelajaran mereka. Memang berniaga luar biasa untuk 2 golongan ini. Jadi, oleh kerana keluar biasaan inilah yang menjadi penghalang kepada bakal peniaga. 99% lulusan ijazah mencari kerja selepas tamat belajar.
Setakat ini sahaja masalah dan cabaran yang boleh di share dan pernah dialami sendiri oleh penulis. Memang banyak cabaran dalam memulakan perniagaan, tapi bila anda sudah berjaya, kesusahan itu menjadi kemanisan akhirnya.
Jika anda juga pernah menghadapi masalah yang sama, bolehlah dikongsikan disini. Dan tidak ketinggalan jika anda ada nasihat berguna kepada bakal peniaga agar tidak mudah putus asa.
Sekian,
Co-Founder Isda Creative Consulting.
http://www.isdacreative.com
No comments:
Post a Comment