Penulis artikel |
1. Disiplin
Untuk menjadi seorang yang bekerja sendiri dan berjaya, anda memerlukan disiplin untuk menetapkan waktu kerja anda dan menepati tamat tempoh. Ingat, disiplin adalah jambatan di antara matlamat dan pencapaian.
2. Berjimat
Untuk mengelakkan anda daripada pokai semasa perniagaan anda masih baru atau berjalan dengan lembap, anda haruslah sanggup untuk mengurangkan perbelanjaan anda. Kekal sebagai orang yang bekerja sendiri mesti menjadi keutamaan berbanding membeli baju baru atau barang-barang yang menarik. Sesuatu yang bagus jika berjimat bukan hanya pada waktu perniagaan lembap tetapi juga sewaktu perniagaan berjalan dengan bagus. Ini dapat membuatkan anda mempunyai wang simpanan yang cukup untuk menampung kehidupan pada waktu perniagaan anda tidak mendapat pulangan/pendapatan.
3. Keyakinan Diri
Apbila keyakinan anda meningkat, kecekapan anda juga akan meningkat. Kejayaan perniagaan anda tidak akan terus jatuh ke riba, maka anda harus mahu mempromosikan diri sendiri dan meninjau untuk peluang-peluang yang ada pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Untuk memastikan anda berjaya ‘menjual’ diri anda kepada orang lain, anda haruslah menjadi peminat terbesar diri anda sendiri. Jika anda sendiri tidak percaya yang anda antara yang terbaik dalam apa yang anda lakukan, apatah lagi orang lain.
4. Skil Komunikasi Yang Baik
Pelanggan tidak selalu menyatakan apa yang mereka kehendaki secara jelas. Daripada anda meneka apa yang mereka mahu, jagan takut untuk bertanyakan banyak soalan-soalan. Sesuatu yang bagus jika meminta maklumbalas semasa dan selepas tugasan-tugasan untuk memastikan yang anda memenuhi jangkaan/kehendak pelanggan
5. Rendah Hati
Tidak semua pelanggan mengharapkan yang anda betul-betul sempurna, tetapi jika anda tidak mengaku dan meminta maaf sekiranya telah membuat kesilapan, anda akan dipotong daripada senarai mereka
6. Kejujuran dan Keazaman
Apabila anda bekerja sendiri, reputasi anda adalah penting. Anda adalah syarikat dan anda juga adalah pekerja, oleh itu apa jua yang anda lakukan mestilah menonjolkan yang baik untuk reputasi perniagaan anda. Anda boleh menjadi orang yang lebih cemerlang dengan menetapkan standard yang semakin tinggi secara berterusan dan melakukan apa shaja yang boleh untuk memenuhi standard tersebut.
7. Skil Penyimpanan Rekod Yang Sangat Baik
Adalah amat penting untuk mengetahui bila anda telah menghantar invois, bila anda dibayar, siapa yang masih berhutang dengan anda, berapa banyak wang yang dimiliki oleh perniagaan anda, berapa banyak wang yang telah anda perolehi dan berapa banyak wang yang perlu anda perolehi. Rekod yang lengkap dan tepat adalah kritikal kepada kestabilan kewangan perniagaan anda dan memudahkan urusan cukai.
8. Keghairahan/Kesukaan
Anda harus menyukai apa yang anda lakukan. Menjadi usahawan adalah melakukan apa yang anda sukakan dan sangat bagus melakukannya. Jika tiada rasa suka, kerja anda menjadi hambar dan tidak menyeronokkan. Anda akan kehilangan motivasi dan keazaman untuk meneruskannya
9. Motivasi
Orang yang berjaya adalah orang yang berangan-angan besar. Mereka membayangkan bagaimana masa hadapan mereka, dan mereka bekerja setiap hari bagi mencapai matlamat. Untuk setiap halangan yang sepatutnya mengekang seseorang itu daripada berjaya, ramai yang telah mengalami perkara yang lebih teruk tetapi masih tetap berjaya. Anda juga boleh berjaya seperti itu. Kebolehan ialah apa yang mampu anda lakukan. Motivasi menentukan apa yang anda lakukan. Sikap menentukan bagaimana bagus anda melakukannya.
10. Pembangunan Diri dan Pengetahuan
Orang yang berjaya mempunyai sikap/tabiat untuk berjaya. Mereka mempunyai motivasi diri dan komitmen untuk meluangkan masa dan tenaga mempelajari sesuatu benda baru. Usahawan yang berjaya sentiasa mencari pengetahuan baru yang boleh digunapakai dalam kerja mereka. Kadang-kala, para usahawan perlu mencari orang yang telah membayar harga untuk mempelajari perkara yang perlu untuk berjaya di dalam bidang mereka. Untuk mempelajari sesuatu dari asas, masa tidak pernah cukup bagi seseorang itu untuk mengetahui segalanya.
11. Kesihatan Yang Baik
Bekerja sendiri tidak menawarkan cuti sakit berbayar, jadi anda masih perlu bekerja, menggantikan masa yang telah terbuang atau menerima sahaja kerugian. Anda juga mestilah mampu untuk membiayai insurans kesihatan anda sendiri, yang mana turut menyediakan insurans kesihatan untuk pasangan dan anak-anak anda
12. Kebolehan Mewujudkan Keseimbangan
Apabila anda bekerja untuk diri sendiri, anda haruslah keluar dari zon selesa anda untuk memastikan kehidupan kerja dan kehidupan peribadi anda seimbang
13. Optimistik
Anda haruslah sentiasa mengejar peluang, mengekalkan pemikiran yang positif dan tidak terlalu mengambil kisah tentang kegagalan atau penolakan. Pengetahuan adalah penting, tetapi dedikasi adalah lebih penting. Kadang-kala, asset anda yang paling hebat ialah kebolehan anda kekal pada sesuatu lebih lama berbanding orang lain.
Kesimpulan
Ciri-ciri peribadi akan banyak mempengaruhi potensi anda untuk berjaya sebagai usahawan. Sebelum mengambil risiko dari segi kewangan dan kerjaya, pastikan anda telah menafsirkan samada anda mempunyai komitmen dan apa yang diperlukan untuk menjadi usahawan yang berjaya
'
'Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit''
'Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit''
Sumber : Niagainfo@blogspot.com
No comments:
Post a Comment