Jualan Big Apple dari Exco Keusahawanan DPP Sime Darby yang telah diadakan selama 4 hari bermula di Cafe Dpp Muamalat pada 13/3, Cafe Dpp Petronas pada 15/3, Kachi Mall pada 21/3 dan Cafe Dpp Petronas pada 22/3. dDari aktiviti ini saya telah menimba pelbagai pengalaman baru dalam menjual serta mempromosikan Big Apple Donuts.
Monday, March 24, 2014
Friday, March 21, 2014
Faktor Kejayaan dan Kegagalan Usahawan
Ramai yang telah menerokai bidang keusahawanan, ada yang sudah berjaya dan tidak kurang juga yang menemui kegagalan. Jika terdapat dua orang yang menceburi perniagaan yang sama, tidak semestinya mereka mendapat keputusan yang sama.
...
Kajian menunjukkan terdapat beberapa factor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan seseorang dalam bidang keusahawanan. Di antara faktor kejayaan ialah:
..
..
- Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi
- Keinginan yang kuat untuk berjaya
- Berdisiplin dalam menguruskan perniagaan
- Memberi tumpuan dalam perniagaan
- Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap
- Membentuk jaringan perniagaan yang luas
...Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, ada kalanya kegagalan itu disebabkan faktor-faktor yang di luar kawalan usahawan seperti krisis matawang pada tahun 1997. Bagaimanapun, antara punca-punca kegagalan di dalam kawalan usahawan yang telah dikenal pasti adalah:
- Kurang memahami bidang perniagaan yang diceburi
- Terlalu cepat mempelbagaikan perniagaan
- Terlalu bergantung kepada satu atau dua pelanggan
- Mempunyai pasukan pengurusan yang lemah
- Tidak dapat bersaing kerana kos yang tinggi
...
Syarat yang terpenting untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ialah ilmu pengetahuan. Usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu perniagaannya dan kemahiran dalam menguruskan perniagaan.
Syarat yang terpenting untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ialah ilmu pengetahuan. Usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu perniagaannya dan kemahiran dalam menguruskan perniagaan.
... ...
Ilmu tentang perniagaan perlu dipecahkan kepada dua peringkat iaitu mengenai industri secara umum dan mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan secara khusus. Pengetahuan dan kemahiran tentang mengurus perniagaan pula melibatkan pengetahuan tentang aspek-aspek pengurusan kewangan, pemasaran, jualan dan khidmat selepas jualan, pengeluaran dan sumber manusia. Tidak kurang penting juga ialah pengetahuan tentang keperluan–keperluan perundangan supaya perniagaan tidak dapat dijalankan dengan teratur.
...
Kesimpulan yang kedua ialah seseorang usahawan perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang boleh menjadikannya berdisiplin, cekal serta sentiasa memikirkan sesuatu untuk terus berdaya saing dan berdaya maju. Ciri-ciri ini mungkin atau secara semula jadi pada usahawan atau perlu diperolehi dan dibentuk. Usahawan sendiri yang perlu menentukan sama ada beliau ingin memiliki ciri-ciri ini atau tidak.
Kesimpulan yang kedua ialah seseorang usahawan perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang boleh menjadikannya berdisiplin, cekal serta sentiasa memikirkan sesuatu untuk terus berdaya saing dan berdaya maju. Ciri-ciri ini mungkin atau secara semula jadi pada usahawan atau perlu diperolehi dan dibentuk. Usahawan sendiri yang perlu menentukan sama ada beliau ingin memiliki ciri-ciri ini atau tidak.
...
Kita dapat melihat bahawa kebanyakan faktor-faktor yang boleh menjadikan seseorang usahawan berjaya dengan cemerlang terletak pada usahawan itu sendiri. Faktor-faktor ini terletak pada kemampuan usahawan untuk mengawal dan memperbaikinya. Oleh itu dalam keadaan biasa, usahawan tidak seharusnya menyalahkan pihak-pihak lain apabila menemui kegagalan. Usahawan hendaklah sentiasa melihat kepada diri sendiri dan bersedia memperbaiki apa juga kelemahan yang ada.
Kita dapat melihat bahawa kebanyakan faktor-faktor yang boleh menjadikan seseorang usahawan berjaya dengan cemerlang terletak pada usahawan itu sendiri. Faktor-faktor ini terletak pada kemampuan usahawan untuk mengawal dan memperbaikinya. Oleh itu dalam keadaan biasa, usahawan tidak seharusnya menyalahkan pihak-pihak lain apabila menemui kegagalan. Usahawan hendaklah sentiasa melihat kepada diri sendiri dan bersedia memperbaiki apa juga kelemahan yang ada.
...
Akhirnya, walau apa juga diperkatakan, kaedah mengejar kecemerlangan dalam keusahawanan adalah sama seperti mengejar kecemerlangan dalam apa jua bidang lain. Tiada jalan ringkas dan pengganti bagi usaha yang gigih dan tekun.
Sumber : usahawanbistari.blogspot.com
Sumber : usahawanbistari.blogspot.com
Pendidikan keusahawanan
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Sektor pendidikan formal perlu digerakkan untuk mengkaji serta menerapkan bidang keusahawanan secara serius bagi membolehkan lebih ramai anak muda menceburi bidang itu selain kental berdepan pelbagai cabaran dalam persekitaran perniagaan.
Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu melihat golongan itu lari daripada amalan biasa ketika mencari pekerjaan dengan terjun ke bidang berkenaan.
Malah jelas beliau, sistem pendidikan formal yang memasukkan elemen-elemen keusahawanan mampu membekalkan seseorang pelajar 'alat' untuk berfikir secara kreatif, menjadi penyelesai masalah yang berkesan, menganalisis idea-idea perniagaan secara objektif dan berkomunikasi, memimpin serta membuat penilaian dengan baik.
''Kajian mengesahkan pendidikan keusahawanan dapat membantu menggalakkan budaya keusahawanan dan inovatif dengan mengubah pemikiran serta menyediakan kemahiran yang perlu kepada pelajar.
''Walau bagaimanapun, manfaat daripada pendidikan itu tidak terhad kepada merangsang usaha inovatif dan (mewujudkan) pekerjaan baharu, tetapi mampu mempengaruhi motivasi anak muda untuk berusaha mencapai sesuatu yang mungkin sebelum ini dianggap mustahil,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu - Program Pembangunan Pendidikan Inovasi Asia Pasifik (UNESCO-APEID) Ketiga berhubung pendidikan keusahawanan, di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan dan Pengarah UNESCO Biro Serantau bagi Pendidikan Asia Pasifik yang beribu pejabat di Bangkok, Gwang-Jo Kim.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, dalam menumpukan kepada pendidikan keusahawanan, setiap negara berdepan dengan pelbagai cabaran yang berbeza khususnya berkaitan isi kandungan dan pedagogi.
Berhubung hal tersebut ujarnya, adalah penting untuk menyedari 'kedudukan' institusi pendidikan yang mempunyai keutamaan penekanan, tradisi, norma, pengetahuan serta tradisi dan penyelidikan masing-masing.
''Pertimbangan lain adalah sama ada pendidik dilatih secukupnya untuk membangunkan serta menyokong pemikiran keusahawanan. Ini memerlukan kerjasama efektif antara sektor pendidikan dan industri berkaitan.
''Tetapi, dalam konteks pendidikan keusahawanan, kedua-dua sektor itu perlu bekerjasama untuk melengkapkan anak-anak muda dengan kemahiran keusahawanan yang baik selain menyumbang kepada dunia perniagaan secara berkesan,'' katanya.
Oleh yang demikian jelasnya, jika semua isu terbabit dapat ditangani sewajarnya, keusahawanan akan dilihat sebagai pilihan kerjaya terbaik.
Sementara itu menurutnya, selain pelajar yang menjadi perhatian utama, ahli akademik dan penyelidik juga perlu digalakkan untuk turut sama mengambil bahagian dalam bidang keusahawanan.
''Ini supaya mereka lebih berdaya usaha dalam penyelidikan dan pendekatan pengajaran selain meningkatkan penglibatan bersama kelompok komuniti,'' tambahnya.
Sumber : http://www.utusan.com.my © Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, March 20, 2014
13 Tips jika ingin menjadi usahawan.
Penulis artikel |
1. Disiplin
Untuk menjadi seorang yang bekerja sendiri dan berjaya, anda memerlukan disiplin untuk menetapkan waktu kerja anda dan menepati tamat tempoh. Ingat, disiplin adalah jambatan di antara matlamat dan pencapaian.
2. Berjimat
Untuk mengelakkan anda daripada pokai semasa perniagaan anda masih baru atau berjalan dengan lembap, anda haruslah sanggup untuk mengurangkan perbelanjaan anda. Kekal sebagai orang yang bekerja sendiri mesti menjadi keutamaan berbanding membeli baju baru atau barang-barang yang menarik. Sesuatu yang bagus jika berjimat bukan hanya pada waktu perniagaan lembap tetapi juga sewaktu perniagaan berjalan dengan bagus. Ini dapat membuatkan anda mempunyai wang simpanan yang cukup untuk menampung kehidupan pada waktu perniagaan anda tidak mendapat pulangan/pendapatan.
3. Keyakinan Diri
Apbila keyakinan anda meningkat, kecekapan anda juga akan meningkat. Kejayaan perniagaan anda tidak akan terus jatuh ke riba, maka anda harus mahu mempromosikan diri sendiri dan meninjau untuk peluang-peluang yang ada pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Untuk memastikan anda berjaya ‘menjual’ diri anda kepada orang lain, anda haruslah menjadi peminat terbesar diri anda sendiri. Jika anda sendiri tidak percaya yang anda antara yang terbaik dalam apa yang anda lakukan, apatah lagi orang lain.
4. Skil Komunikasi Yang Baik
Pelanggan tidak selalu menyatakan apa yang mereka kehendaki secara jelas. Daripada anda meneka apa yang mereka mahu, jagan takut untuk bertanyakan banyak soalan-soalan. Sesuatu yang bagus jika meminta maklumbalas semasa dan selepas tugasan-tugasan untuk memastikan yang anda memenuhi jangkaan/kehendak pelanggan
5. Rendah Hati
Tidak semua pelanggan mengharapkan yang anda betul-betul sempurna, tetapi jika anda tidak mengaku dan meminta maaf sekiranya telah membuat kesilapan, anda akan dipotong daripada senarai mereka
6. Kejujuran dan Keazaman
Apabila anda bekerja sendiri, reputasi anda adalah penting. Anda adalah syarikat dan anda juga adalah pekerja, oleh itu apa jua yang anda lakukan mestilah menonjolkan yang baik untuk reputasi perniagaan anda. Anda boleh menjadi orang yang lebih cemerlang dengan menetapkan standard yang semakin tinggi secara berterusan dan melakukan apa shaja yang boleh untuk memenuhi standard tersebut.
7. Skil Penyimpanan Rekod Yang Sangat Baik
Adalah amat penting untuk mengetahui bila anda telah menghantar invois, bila anda dibayar, siapa yang masih berhutang dengan anda, berapa banyak wang yang dimiliki oleh perniagaan anda, berapa banyak wang yang telah anda perolehi dan berapa banyak wang yang perlu anda perolehi. Rekod yang lengkap dan tepat adalah kritikal kepada kestabilan kewangan perniagaan anda dan memudahkan urusan cukai.
8. Keghairahan/Kesukaan
Anda harus menyukai apa yang anda lakukan. Menjadi usahawan adalah melakukan apa yang anda sukakan dan sangat bagus melakukannya. Jika tiada rasa suka, kerja anda menjadi hambar dan tidak menyeronokkan. Anda akan kehilangan motivasi dan keazaman untuk meneruskannya
9. Motivasi
Orang yang berjaya adalah orang yang berangan-angan besar. Mereka membayangkan bagaimana masa hadapan mereka, dan mereka bekerja setiap hari bagi mencapai matlamat. Untuk setiap halangan yang sepatutnya mengekang seseorang itu daripada berjaya, ramai yang telah mengalami perkara yang lebih teruk tetapi masih tetap berjaya. Anda juga boleh berjaya seperti itu. Kebolehan ialah apa yang mampu anda lakukan. Motivasi menentukan apa yang anda lakukan. Sikap menentukan bagaimana bagus anda melakukannya.
10. Pembangunan Diri dan Pengetahuan
Orang yang berjaya mempunyai sikap/tabiat untuk berjaya. Mereka mempunyai motivasi diri dan komitmen untuk meluangkan masa dan tenaga mempelajari sesuatu benda baru. Usahawan yang berjaya sentiasa mencari pengetahuan baru yang boleh digunapakai dalam kerja mereka. Kadang-kala, para usahawan perlu mencari orang yang telah membayar harga untuk mempelajari perkara yang perlu untuk berjaya di dalam bidang mereka. Untuk mempelajari sesuatu dari asas, masa tidak pernah cukup bagi seseorang itu untuk mengetahui segalanya.
11. Kesihatan Yang Baik
Bekerja sendiri tidak menawarkan cuti sakit berbayar, jadi anda masih perlu bekerja, menggantikan masa yang telah terbuang atau menerima sahaja kerugian. Anda juga mestilah mampu untuk membiayai insurans kesihatan anda sendiri, yang mana turut menyediakan insurans kesihatan untuk pasangan dan anak-anak anda
12. Kebolehan Mewujudkan Keseimbangan
Apabila anda bekerja untuk diri sendiri, anda haruslah keluar dari zon selesa anda untuk memastikan kehidupan kerja dan kehidupan peribadi anda seimbang
13. Optimistik
Anda haruslah sentiasa mengejar peluang, mengekalkan pemikiran yang positif dan tidak terlalu mengambil kisah tentang kegagalan atau penolakan. Pengetahuan adalah penting, tetapi dedikasi adalah lebih penting. Kadang-kala, asset anda yang paling hebat ialah kebolehan anda kekal pada sesuatu lebih lama berbanding orang lain.
Kesimpulan
Ciri-ciri peribadi akan banyak mempengaruhi potensi anda untuk berjaya sebagai usahawan. Sebelum mengambil risiko dari segi kewangan dan kerjaya, pastikan anda telah menafsirkan samada anda mempunyai komitmen dan apa yang diperlukan untuk menjadi usahawan yang berjaya
'
'Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit''
'Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit''
Sumber : Niagainfo@blogspot.com
Tuesday, March 18, 2014
Cabaran Dan Masalah Dalam Memulakan Perniagaan
Antara masalah yang dihadapi bakal peniaga baru adalah:
1. Tiada idea hendak memulakan perniagaan -
Kesudahannya terus berhenti bercita-cita hendak berniaga. Fikir punya fikir, akhirnya terus bekerja makan gaji sehingga pencen.
2. Tak tahu macam mana nak memulakan perniagaan -
Idea perniagaan dah ada, tapi cara nak mula tak tahu. Buntu mencari cara hendak memulakan perniagaan. Kekurangan pengalaman adalah antara faktor kebuntuan dalam memulakan perniagaan ini.
3. Kebuntuan ini didorong oleh kekurangan modal permulaan -
Memang tak dinafikan kebanyakan peniaga berjaya bermula secara kecil-kecilan, tapi disebabkan ingin berniaga secara kecil-kecilan inilah yang membantutkan fikiran bakal peniaga.Bukan senang hendak membina 1 perniagaan baru dengan modal yang minima. Maka, hanya mereka yang benar-benar berjiwa besar sahaja mampu berniaga.
4. Sukar mendapatkan sumber kewangan -
Tidak terhad kepada bantuan kewangan melalui bank atau institusi kewangan. Sumber kewangan boleh juga dijana dari saudara mara atau rakan kongsi, tapi memang sukar bagi kita bangsa Melayu dalam meyakinkan saudara mara untuk meminjam wang. Melainkan saudara mara anda itu cukup rapat dengan anda.
5. Kekurangan motivasi dan pendorong -
Memang nampak ringan faktor ini, tapi cuba bayangkan anda sedang bersemangat hendak memulakan perniagaan dan bercerita tentang rancangan anda kepada keluarga anda ataupun orang sekitar anda tidak memberikan dorongan kepada anda.
6. Berniaga adalah perkara luar biasa -
Kebiasaan kepada lepasan ijazah adalah bekerja dan berlumba-lumba mencari pekerjaan. Begitu juga dengan lepasan sekolah, mereka berlumba-lumba menyambung pelajaran mereka. Memang berniaga luar biasa untuk 2 golongan ini. Jadi, oleh kerana keluar biasaan inilah yang menjadi penghalang kepada bakal peniaga. 99% lulusan ijazah mencari kerja selepas tamat belajar.
Setakat ini sahaja masalah dan cabaran yang boleh di share dan pernah dialami sendiri oleh penulis. Memang banyak cabaran dalam memulakan perniagaan, tapi bila anda sudah berjaya, kesusahan itu menjadi kemanisan akhirnya.
Jika anda juga pernah menghadapi masalah yang sama, bolehlah dikongsikan disini. Dan tidak ketinggalan jika anda ada nasihat berguna kepada bakal peniaga agar tidak mudah putus asa.
Sekian,
Co-Founder Isda Creative Consulting.
http://www.isdacreative.com
Faktor-faktor Yang Dipertimbangkan Apabila Memulakan Perniagaan
Sumber : www.min.com.my
- Modal
Usahawan mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan.
Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan.
Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman.
- Lokasi (Tempat Perniagaan)
Usahawan mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan.
Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.
- Minat, pengetahuan dan pengalaman
Usahawan mesti mempunyai minat dalam perniagaan. Minat itu mestilah berkekalan dan bukan sekadar sementara waktu sahaja. Jika tidak, perniagaannya susah untuk dijalankan.
Usahawan juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan yang akan diceburinya. Contohnya, jika dia hendak membuka kedai pakaian, dia mesti tahu dari mana untuk mendapatkan stok pakaian itu.
Usahawan juga harus memperoleh pengetahuan dan pengalaman mengenai selok-belok pengurusan, mengurus wang, stok, masa, melayan pelanggan, menyimpan rekod dan akaun- serta lain-lain lagi.
Pengalaman boleh diperoleh dengan cara bekerja, sebagai pembantu dalam bidang perniagaan yang berkenaan.
Pengetahuan boleh diperoleh dengan belajar di sekolah, maktab atau universiti, membaca buku-buku yang berkenaan, mengikut kursus perniagaan, bertanya, berbincang dan memerhati peniaga-peniaga lain menjalankan perniagaan mereka.
- Jenis dan saiz perniagaan
Usahawan mesti menentukan jenis dan saiz perniagaan yang hendak dijalankan. Jenis perniagaan hendaklah bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan pengalamannya.
Saiz perniagaan hendaklah juga bersesuaian dengan modal yang ada, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan untuk mengawal dan mengurus perniagaan itu. Saiz perniagaan yang kecil mudah dimulakan serta diurus. Perniagaan secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak begitu mudah dikendalikan.
- Persaingan
Usahawan juga mesti memikirkan tentang persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti pesaing-pesaing, bilangannya, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka.
Membuka perniagaan di tempat yang banyak mempunyai persaingan tentu tidak akan dapat menarik ramai pelanggan pada mulanya. Tetapi jika usahawan dapat memberi layanan yang lebih baik, pelbagai pilihan barang, harga yang berpatutan dan perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan banyak pelanggan akan tertarik untuk kekedainya.
Bagaimanapun usahawan perlu mengadakan rancangan dan ikhtiar yang rapi dan bernas untuk mengatasi para pesaing.
- Undang-undang dan peraturan
Usahawan mesti mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta akta-akta yang mengawal perjalanan perniagaan dalam negara kita agar tidak melanggar undang-undang, peraturan, atau akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan.
Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Dewan Bandar Raya telah menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di kawasan-kawasan tertentu serta jenis lesen yang diperlukan. Usahawan mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Di samping itu, semua perniagaan mesti didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali penjaja bergerai yanng hanya perlu mendapatkan lesen menjaja daripada pihak berkuasa tempatan.
Usahawan juga mesti mematuhi berbagi-bagai akta seperti Akta Perihal Dagangan, Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan Bekalan dan lain-lain.
- Sumber bekalan
Usahawan perlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat bekalan barang-barang dengan seberapa murah dan mudah.
Usahawan harus tahu pembekal mana yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik
Saturday, March 15, 2014
Progam Keusahawan Asas Tani
Laman web : Portal Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. |
Thursday, March 13, 2014
Iron Lady - Datuk Maznah Hamid
Klik disini untuk : Full episode Datuk Maznah Hamid Pengerusi Securiforce.
Sumber : Youtube
LATAR BELAKANG KEHIDUPAN
Nama : Datuk Maznah Abdul Hamid atau gelaran penuh beliau
Datuk Hajah Maznah binti Abdul Hamid
Tempat kelahiran :
Jerlun,Kedah Darul Aman
Tarikh : 18/4/1955
Gelaran : “IronLady”
atau “Wanita Besi”
Jawatan : Pengerusi
Eksekutif KumpulanSecuriforce.
Nama suami : Haji Shaheen Mirza Habib
Bilangan cahaya mata : 5 orang cahaya mata 3 perempuan dan 2
lelaki.
Pendidikan awal : Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam di Alor
Setar,Kedah
Pendidikan tinggi : Singapura dalam bidang “Business School
for Investors dan mengikuti pengajian
“Business School for Entrepreneurs” dan “Industrial Security” di United
State of America.
Datuk Maznah Abdul Hamid atau Iron Lady ini berasal dari keluarga yang miskin dan beliau
sendiri di bela oleh nenek beliau sejak berusia. Oleh faktor itu, menyebabkan
beliau berusaha keras untuk menjadi insan berjaya.Datuk Maznah menyifatkan
dirinya bukanlah pelajar pintar ketika di sekolah,tetapi beliau amat meminati
pelajaran dan juga bahasa Inggeris sehingga meneruskan pengajiannyahingga
kolej.Beliau juga pernah mengikuti Kursus Linguistik di Pusat Bahasa dan
sebahagiannyamengikuti kursus Diploma dalam Eksekutif Pentadbiran Perniagaan.
Pada permulaan pertama beliau hanya bermodalkan RM 5000 sahaja
bagi permulaan perniagaan keselamatan pada tahun 1981. Pada awal pentubuhan dalam perniagaan ini, beliau sendiri bertindak sebagai bos dan pekerja bagi menguruskan
operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan
sendiri. Dengan perlibatan beliau, beliau lebih terbuka dalam mengetahui bagai
mana perniagaan ini beroperasi dan
segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan
beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh
negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.
Syarikat Securiforce Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat
kawalan keselamatan yang terbesardi Malaysia. Perkhidmatan Securiforce
merangkumi static guard‟, logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high-tech
cargo management, perkhidmatan ,armoured truck. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan
total, mempelopori konsep "total security". Syarikat ini mempunyai beberapa buah
anaksyarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Syarikat Danau
Lumayan, sebuah syarikat pembangunan hartanah yang di perbadankan pada November
1993. Syarikat ini pernah di anugerahkan oleh kerajaan
persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atas pembinaan
projek penswastaan di Bandar Tun Razak, Cheras. Securiforce telah melebarkan sayap
ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik.
2) Kenapa saya meminati beliau ?
Beliau merupakan seorang yang berani
walaupun beliau seorang wanita. Beliau tidak pernah mengenali erti takut dalam
apa yang beliau lakukan dalam membangunkan perniagaan dalam sektor
keselamatan. Beliau merupakan wanita pertama yang terlibat dalam perniagaan keselamatan.
Usahawan ini dikenali
sebagai The Iron Lady atau Wanita Waja.gelaran itu mencerminkan
dirinya yang bersikap dinamik dan berpendirian teguh dalam mempertahankan apa
yang beliau usahakan sehingga mencapai impiannya. Datuk Maznah berpegang pada
falsafah “modal utama adalah diri sendiri”. Beliau benar-benar yakin
dorongan dari dalam dapat memacu individu itu menjadi cemerlang.
Oleh kerana
minat yang begitu besar pada pembangunan insan, beliau menubuhkan MMC, Maznah
Motivational Centre yang mengelola seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan
insane. Sifat tabah, berani,
semangat yang beliau miliki adalah asset utama diri beliau dan itu yang cuba diterapkan
kepada orang ramai melalui seminar Zaro to hero dan Awaken the pirit of
entrepreneurship/intraperneurship. Melalui
seminar itu, beliau ingin membangkitkan dan mnyerapkan semangat keusahawanan ke
dalam diri setiap insan
Sunday, March 9, 2014
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
Melalui website Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ini, banyak peluang yang usahwan-usahawan yang baru dapat perolehi. Antaranya kemudahan pembiayaan, premis, perkhidmatan latihan dan sebagainya.
Website : Perbadanan Usahawan Nasional Berhad |
Monday, March 3, 2014
25 ciri usahawan berjaya
1) Keperluan untuk berjaya
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.
2) Hasrat untuk menerima hasrat
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.
3) Bebas dari aspek tindakan dan pemikiran.
Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan membantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.
4) Menyelesaikan masalah
Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.
5) sering mengharapkan masa depan yang baik.
Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.
6) Mencari persekitaran yang baik
Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.
7) Keupayaan mempatrikkan sesuatu.
Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.
8) Tampukan kawalan.
Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan dapat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.
9) Kepercayaan timbal balik dengan orang lain.
Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.
10) Keyakinan terhadap diri sendiri sebagai usahawan.
Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.
11) Kesedian menerima tanggungjawab.
Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.
12) Keupayaan mencuri peluang. Usahawan bijak mengenal pasti peluang.
Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.
13) Mempunyai cita-cita yang tinggi.
Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.
14) Konsep diri yang positif
Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.
15) Belajar dari keputusan
Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.
16) Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah
Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.
17) Berorintasikan perancangan
Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.
18) Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat
Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.
19) Menentapkan matlamat
Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.
20) Ubah suai pentadbiran
Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.
21) Kemahiran pengurusan
Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan
22) Rasa kemanjuran ( kewajaran )
Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya
23) Kepimpinan Usahawan adalah pemimpin.
Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.
24) Kuat berusaha Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja.
Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya
25) Pandai membuat keputusan.
Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan perniagaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati
Sumber : Petikan dari majalah Sukses - 10 September 09
Sunday, March 2, 2014
Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal
Latar belakang
- Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah.
- Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau telah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian Selangor. Kemudian beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.
- Pada peringkat kerjaya inilah beliau mula memperkukuhkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kecekapan yang diperlukan dalam pembangunan hartanah sehingga beliau mempunyai keyakinan sepenuhnya untuk memulakan usaha perniagaan sendiri. Ini telah mendorong beliau menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY pada tahun 1983.
- Berbekalkan pengalaman sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Galian serta pengalaman selama kira-kira 21 tahun dalam industri pembangunan hartanah, Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal dikenali sebagai seorang Pengerusi Eksekutif yang aktif dan praktikal, dalam menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi Kumpulan dengan merangka wawasan serta matlamat, pada masa yang sama, mencurahkan pengetahuan luas yang beliau miliki dalam industri kepada kakitangannya.
- Tan Sri juga banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah tempatan dan antarabangsa. Antara lain, beliau adalah Pengarah South-South Corporation Berhad(MASSCORP) ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA) dan Penyelaras Negara bagi Afrika.
- Pada 15 Mac 2004, Tan Sri telah dianugerahkan dengan pengiktirafan “Professor Adjung” oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Beliau juga menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana.
Projek-projek besar MK Land Holdings Berhad
- Di bawah kepimpinan Tan Sri Mustapha, MK Land Holdings Berhad melibatkan diri dalam banyak projek. projek perumahan Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-duanya di Petaling Jaya.
- Projek itu, dengan lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga Emas Petaling Jaya. Kawasan itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat membeli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan Cathay Cineleisure.
- Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta, projek perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak iaitu bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.
Anugerah
- Tan Sri telah diberikan beberapa anugerah sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar yang beliau curahkan sepanjang tempoh kerjaya beliau yang cemerlang. Antaranya, Anugerah Usahawan Cemerlang Selangor pada tahun 1995 oleh Dewan Perniagaan Melayu Selangor; FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta Anugerah Personaliti Cemerlang Industri Pembangunan Tahun 2001 daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.
- Beliau juga telah menerima Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja Muda Perak. Tan Sri juga telah dicalonkan untuk menerima Ernst & Young Entrepreneur Award 2002 dalam Kategori ‘Master Enterpreneur’. Tan Sri adalah bapa mertua kepada En Vernon Azhar Edmett bin Bryan Allen Edmett, seorang pengarah dalam Syarikat.
1) Kenapa saya memilih Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal :
Penumpuan pada gaya hidup canggih. Tidak ramai usahawan yang
mementingkan gaya hidup yang mementingkan IT. Beliau merupakan salah seorang
usahawan yang menggunakan IT dalam peniagaannya. Beliau juga mengambil risiko
setiap apa yang dilakukan serta melakukan pembaharuan. Semua projek perumahan
MK Land Holdings Berhad dilengkapkan dengan infrastruktu rteknologi maklumat
dan komunikasi . Hal ini kerana, beliau ingin rakyat Malaysia hidup dengan memanfaatkan IT atau e-lifestyle
township.
Beliau juga seorang usahawan yang cintakan kebajikan. Tan
Sri Mustapha adalah seorang usahawan dermawan dan suka melibatkan diri dalam
kerja-kerja kebajikan. Contohnya, beliau
banyak memberi sumbangan kepada pendidikan orang pekak. Sumbangannya juga
telah diiktiraf apabila beliau dianugerahkan anugerah Caring Hearts. Beliau
juga tidak sombong dengan pangkat yang dia ada dan seterusnya lebih mesra
bersama masyarakat sekitar.
2) Bagaimana beliau membangunankan dan pembangunan perniagaan :
Syarikat pertama beliau ilah MK
Land Holding berhad yang memjalankan pembagunan hartanah. Syarikat ini telah
ditubuhkan pada 2 Ogos 1978. Pada asal pembinaan syarikat ini, ia hanya
dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd yang berasaskan pembuatan dan
penjualan biskiut dan bahan makanan yang terletak di Melaka, setelah syarikat
awal berliau tersenarai dalam BSKL namanya telah ditukar kepada MK Lank Holding
Berhad pada 27 Ogos 1999.
Pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Ini adalah kerana Tan Sri Mustapha bercadang untuk terus menumpykan perhatian kepada pembagunan hartanah dan pelaburan.
Setelah beliau lebih focus kepada syarikat pembagunan hartanah, beliau Berjaya membangunankan kawasan-kawasan yang pada mulanya satu kawasan yang terpencil dan tidak mendapat perhatian penduduk menjadi satu kawasan yang elit yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi. MKland juga tidak tidak tertumpu kepada pembagunan hartanah beliau terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown resort dan Langkawi Lagoon.
Beliau berani memulakan sesuatu yg baru dengan mengetengahkan cara hidup “e-lifestyle township” yang moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat MKland.
Sumber : http://malaysiantopusahawanproperty.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)