/>

Saturday, April 19, 2014

A New Direction Towards Success ( talk by : En.Samian Bin Senin, Pengarah Usrah Associates )






Program ini telah diadakan untuk memberi gambaran sebenar kepada pelajar terhadap situasi sebenar alam selepas alam pelajaran. En. Samian juga merupkan bekas pelajar UUM dalam kos BBA. Banyak pengalaman dan perkara yang dikongsi kepada kami untuk persedian menjadi seorang usahawan, antaranya iaitu, seorang usahawan haruslah seorang yang SABAR dan TIDAK TAMAK terhadap apa yang dimiliki. Selain itu, sifat sungguh dan tidak putus asa dalam melakukan sesuatu dan fokus diberikan dalm setiap pekara. 

Terdapat beberapa perkara yang ditekankan oleh penceramah dalam perniagaannya, iaitu : 

1. Pasaran dan Jaminan 
2. Apa Produk atau Servis yang Bakal dikeluarkan.
3. Keuntungan yang akan diperolehi.
4. Kepuasan kepada diri sendiri mahupun pelanggan.
5. Perkembangan Perniagaan yang dibina. adakah ia mengalami pekembangan?
6. Modal untuk memulakan perniagaan?

Tuesday, April 15, 2014

Talk from Marrybrown Owner ( Madam NorHariza )


Talk yang dijalankan. 

Tafsiran Francais
Francais ertinya kontrak atau perjanjian antara dua pihak (franchisor dan franchisee) yang memberi pemegang francais (franchises) hak untuk mengendalikan perniagaan

Mengikut sistem francais yang ditentukan oleh pemberi francais (franchisor) selama tempoh yang ditentukan oleh pemberi francais. Hak mengendalikan perniagaan ini merangkumi hak untuk menggunakan cap, atau rahsia dagangan, atau apa-apa maklumat sulit atau harta intelektual, yang dipunyai oleh pemberi francais atau berhubungan dengan pemberi francais.
Franchisor merupakan syarikat yang mempunyai sistem pemasaran yang telah terbukti berjaya. Sistem francais digunakan oleh perniagaan-perniagaan berjaya untuk berkembang cepat dan melipatkali gandakan keuntungan mereka dengan mengamalkan sistem yang berjaya di lokasi baru. Sistem franchise membolehkan franchisor mengatasi kekangan modal kerana modal disediakan franchisee.
Pengisian yang diperolehi hasil talk tersebut :
1). Pemilihan LOKASI yang strategik dan menjadi tumpuan para pelanggan.
2). Mengetahui JENIS PERNIAGAAN yang bakal dijual.
3). Usahawan perlu ada FOKUS yang tinggi dalam melakukan apa jua tindakan. 
4). Usahawan perlulah SABAR dalam apa jua keadaan sekalipon. 

Sesi Soal Jawap;  
1. Puan tidak terpikir untuk membuka Francais di dalam UUM?
Pihak UUM sendiri menawarkan peluang dan ianya masih didalam peracangan. 
2. Apakah cabaran utam semasa menjalankan perniagaan?
- Cabaran utama ialah masalah yang dicetuskan oleh pekerja sendiri yang agak membebankan beliau. 
3. Adakah puan tidak terFikir untuk membuka perniagaan lain?
Ianya masih dalam perancangan. beliau berpendapat untuk menumpukan satu persatu pekara yang perlu dilakukan.
4. Adakah puan melakukan CSR?
- Kami melakukan CSR dalam kalangan peerja kami dan membantu rumah-rumah kebajikan seperti rumah orang tua, kanak-kanak yatim piatu dan selainnya. 


Tuesday, April 1, 2014

Yakin ceburi perniagaan



Yakin ceburi perniagaan



Profil
 

Nama : Norazizah Amri
Tarikh lahir : 15 Julai 1972 (41 tahun )
Asal : Batu 10, Bagan Serai, Perak
Status : Berkahwin, 3 anak
Profesion : Pemilik NAB Industri Enterprise
Profesion terdahulu : Kakitangan kilang Seagate, Prai
Mula berniaga : 16 Januari 2008
Anugerah : Usahawan Cemerlang Tekun Nasional 2011.



Bacaan atau ingin maklumat lanjut, anda boleh ke : Yakin Ceburi Perniagaan ( SinarHarian Online )

Membuka Perniagaan sendiri

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke Web : 1Klik ( Memulakan Perniagaan Sendiri )


1. Merancang Perniagaan

Perancangan yang menyeluruh adalah penting untuk memudahkan anda mengelak atau mengatasi masalah-masalah yang berkemungkinan timbul bila anda mula menjalankan perniagaan. Perancangan anda harus berkisar kepada satu kerangka asas yang merangkumi semua fasa operasi dan menyediakan jawapan kepada segala isu sebelum operasi bermula. Halaman ini menyediakan panduan bagi anda dalam merancang perniagaan anda. Anda akan melihat sepintas lalu iklim ekonomi dan persekitaran perniagaan di Malaysia serta maklumat asas yang anda perlu ketahui sebelum memulakan perniagaan.
1.1 Perniagaan di Malaysia
Perniagaan mungkin merupakan salah satu sumber rezeki yang paling mendatangkan kepuasan. Apatah lagi di sebuah negara seperti Malaysia yang rata-rata rakyatnya menikmati taraf kehidupan yang baik.Dengan ekonomi yang berkembang pesat, Malaysia menawarkan pulangan menarik kepada para usahawan dan peniaga.
Ingin maklumat lanjut, anda boleh ke laman web tersebut untuk mengetahui sekilas pandang ekonomi Malaysia serta statistik-statistik perdagangan dan pelaburan:

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) (Bahasa Inggeris sahaja) 
Statistik Perdagangan di Malaysia (Bahasa Inggeris sahaja) 

1.1.1 Sebelum Memulakan Perniagaan
Kerajaan Malaysia menggalakkan penyertaan segenap lapisan masyarakat dalam pembangunan ekonomi, dan telah menyediakan struktur sokongan yang berupaya membantu para usahawan – dari membantu dalam penubuhan syarikat hingga menyediakan bantuan pembiayaan, pengurusan dan pembangunan perniagaan. Banyak syarikat di Malaysia yang besar dan berjaya hari ini bermula sebagai perniagaan kecil. Oleh itu jika anda telah membuat keputusan untuk membuka perniagaan, ini mungkin merupakan permulaan kepada satu perjalanan yang penuh cabaran tetapi menyeronokkan. Sebelum anda memulakan perniagaan, ada beberapa persoalan penting yang anda perlu fikirkan, di antaranya adalah matlamat hidup anda sendiri, perancangan perniagaan dan matlamat kerjaya jangka panjang anda.
Agensi-agensi kerajaan berikut menyediakan bantuan dan panduan kepada para usahawan dan bakal usahawan:

MSC Technopreneur Development (Bahasa Inggeris sahaja) 

1.2 Bentuk-bentuk perniagaan
Selepas menetapkan hala tuju dan menjalankan kajian serta perancangan berkaitan, anda mungkin mendapat gambaran yang lebih jelas tentang bentuk usaha niaga yang anda bakal jalankan. Di Malaysia, sesebuah perniagaan boleh beroperasi dalam tiga bentuk iaitu:
  • Keempunyaan tunggal
  • Perkongsian
  • Syarikat
1.2.1 Keempunyaan tunggal
Keempunyaan tunggal adalah bentuk perniagaan yang paling mudah. Ia dimiliki oleh seorang pemilik, tetapi tidak semestinya dijalankan oleh anda seorang. Malah, perniagaan Keempunyaan Tunggal boleh menggaji ramai kakitangan.
Kelebihan Keempunyaan Tunggal
  • Sebagai pemilik tunggal, anda adalah ketua yang mempunyai kebebasan mutlak dalam membuat keputusan. Sebarang kejayaan juga biasanya amat memberikan kepuasan.
  • Perniagaan Keempunyaan Tunggal boleh dimulakan dengan beberapa langkah yang mudah tanpa memerlukan modal yang besar.
  • Anda tidak perlu menyediakan laporan akaun, dan segala hal-ehwal operasi perniagaan adalah urusan peribadi anda.
  • Sebagai pemilik tunggal, anda boleh menjalin dan mengekalkan hubungan baik dengan para pelanggan tanpa terikat kepada had-had “perhubungan perniagaan”.
Keburukan Keempunyaan Tunggal
  • Anda memikul tanggungjawab penuh ke atas semua hutang dan risiko perniagaan.
  • Anda memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam banyak bidang, dan mungkin perlu mendapatkan nasihat dari pakar dalam bidang-bidang lain seperti pemasaran atau sistem komputer.
  • Dana anda mungkin terhad.
  • Anda mungkin terpaksa bekerja lebih masa dan mungkin tidak boleh mengambil cuti.
  • Perniagaan terpaksa ditutup jika anda meninggal dunia.
1.2.2 Perkongsian
Perniagaan secara Perkongsian adalah bila mana anda menggabungkan modal dan bekerjasama dengan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi. Dalam usaha niaga bentuk ini, anda dan rakan kongsi anda adalah pemilik bersama yang akan berkongsi agihan keuntungan atau risiko.
Kebaikan perkongsian
  • Perkongsian bermakna anda berkongsi kerja dan mempunyai teman berbincang jika perniagaan melalui kesusahan atau masalah
  • Perkongsian bermakna mempunyai sumber kewangan yang lebih
  • Perkongsian bermakna gabungan pengetahuan, kemahiran, buah fikiran dan sumber-sumber daya yang lain.
Keburukan perkongsian
  • Anda bertanggungjawab ke atas hutang-hutang perniagaan sekalipun ia berpunca dari tindakan rakan kongsi anda. Dengan kewajipan tidak terhad, setiap rakan kongsi juga bertanggungjawab menggunakan sumber-sumber sendiri untuk melunaskan hutang-hutang rakan-rakan kongsinya.
  • Potensi perkembangan perniagaan terhad
  • Perselisihan faham dan pertikaian mungkin berlaku di kalangan rakan-rakan kongsi
  • Perkongsian berakhir bila salah seorang daripada rakan kongsi menarik diri atau meninggal dunia.
1.2.3 Syarikat
Satu lagi bentuk perniagaan ialah dengan menubuhkan syarikat. Syarikat adalah entiti berdaftar yang ditubuhkan oleh sekurang-kurangnya dua orang, yang boleh memiliki harta, merangka kontrak perjanjian dan menggaji kakitangan. Semua syarikat di Malaysia tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.
Kebaikan Syarikat
  • Ahli-ahli (pemegang saham) syarikat tidak terikat kepada pemilik syarikat.
  • Pemegang saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
  • Sekiranya perniagaan gagal, pemegang saham dilindungi oleh tata perundangan.
  • Syarikat mempunyai potensi perkembangan yang lebih tinggi jika dibandingkan perniagaan Keempunyaan Tunggal atau Perkongsian.
Keburukan Syarikat
  • Proses penubuhan melibatkan tatacara perundangan yang panjang lebar dan perbelanjaan yang tinggi. Ini termasuk kos menerbitkan pelbagai laporan kewangan syarikat.
  • Syarikat kecil mempunyai liabiliti (tanggungjawab) terhad, maka bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan mungkin tidak dapat memulihkan dana sekiranya perniagaan gagal. Dengan itu syarikat mungkin sukar untuk meminjam sebanyak yang diinginkan.
  • Perkembangan syarikat Sendirian Berhad mungkin terhad kerana ia tidak boleh menjual saham kepada awam. Ini juga bermakna kerugian ditanggung sepenuhnya oleh pemilik syarikat.
1.3 Francais
Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri tanpa bermula dari bawah ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais bukanlah satu “bentuk” perniagaan, tetapi merupakan kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor). Oleh kerana francaisi menjalankan perniagaan di bawah nama atau cap dagang yang sudah dikenali, dan menggunakan kaedah atau konsep pemasaran yang telah terbukti, francais menjanjikan laluan yang lebih selamat bagi anda memulakan perniagaan sendiri – pada masa yang sama anda tidak berniaga bersendirian. Francais terkemuka termasuklah restoran-restoran makanan segera, rantaian hotel, kedai foto, stesen minyak, bengkel kereta dan pusat kecantikan, tetapi terdapat peluang francais dalam hampir semua bidang perniagaan di Malaysia.
Juga klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang memulakan perniagaan secara francais.
Malaysian Franchise Association (Bahasa Inggeris sahaja)
1.4 Membiayai Perniagaan Anda
Untuk membantu bakal-bakal usahawan memulakan perniagaan, kerajaan menyediakan pelbagai skim dan dana kewangan. Skim-skim dan dana-dana ini, yang ditawarkan dalam bentuk geran peruntukan, pinjaman dan insentif, disediakan untuk pelbagai sektor dan perusahaan.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan perniagaan:

Pinjaman Bank Negara untuk EKS (Bahasa Inggeris) 

Pembiayaan juga boleh diperolehi daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi seperti MARA dan Perbadanan Ekonomi Negeri.
Kerajaan juga telah mengumumkan penubuhan bank pembangunan khas bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) pada 2005 untuk membantu para usahawan PKS dalam menerima bantuan pembiayaan. Maklumat lanjut boleh didapati di sini tidak lama lagi.
1. 5 Undang-undang dan dasar
Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran dan ekonomi terbuka, dengan dasar-dasar pelaburan (Bahasa Inggeris) yang menarik dan pelbagai insentif bagi para pelabur.
1.6 Berurus Niaga dengan Kerajaan
Membekalkan barangan atau perkhidmatan kepada agensi-agensi kerajaan merupakan salah satu aktiviti paling selamat bagi perniagaan anda. Untuk berurus niaga dengan kerajaan, sama ada sebagai pembekal atau perunding, perusahaan anda mesti berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.Perusahaan-perusahaan yang berminat untuk mendaftar dengan Kementerian Kewangan disyaratkan mendaftar secara dalam talian dengan ePerolehan, kemudahan sistem perolehan elektronik yang disediakan oleh Kerajaan.
1.7 Peluang Perniagaan
Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber alam semua jadi dan sentiasa menawarkanpeluang-peluang pelaburan dalam pelbagai bidang. Terdapat sekurang-kurangnya 15 sektor terpilih dengan pelbagai sub-sektor termasuk sektor peruncitan beraneka barangan, serta sektor perkhidmatan yang melibatkan banyak bidang kepakaran. Seiring dengan sistem perolehan elektronik ePerolehan, satu sistem pemakluman tender yang dipanggil Tender2U juga telah dilaksanakan. Dengan kemudahan ini anda boleh mencari tender-tender yang ditawarkan menurut pilihan anda (mengikut industri, lokasi atau bidang kerja), dan memilih untuk dimaklumkan melalui SMS, faksimili, e-mel atau melalui laman web.
Anda juga boleh merisik peluang-peluang perniagaan menerusi laman web kementerian-kementerianKerajaan Persekutuan atau Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Kerajaan, melalui kementerian-kementerian dan pelbagai agensinya, juga menganjurkan ekspo perdagangan, persidangan dan lawatan perniagaan di mana para usahawan dapat bertemu dan meninjau peluang-peluang perniagaan atau usaha sama.
Kunjungi laman web agensi-agensi berikut untuk melihat kalendar aktiviti-aktiviti tersebut:


1. 8 Pelaburan Asing
Jika anda adalah seorang warga asing yang sedang mencari peluang pelaburan, anda sedang melihat salah sebuah pasaran yang terbaik di Asia. Malah, hari ini Malaysia merupakan salah sebuah pasaran baru paling menarik di dunia. Malaysia menawarkan pelbagai kelebihan (Bahasa Inggeris) sebagai lokasi pilihan bagi pelaburan terus asing.
Agensi kerajaan utama yang menyelaraskan aktiviti penggalakan pembangunan industri di Malaysia ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) (Bahasa Inggeris dan Jepun). Agensi ini bertindak sebagai pusat perhubungan pertama bagi para pelabur yang berminat memulakan aktiviti pelaburan di Malaysia dalam sektor pembuatan dan sektor-sektor khidmat sokongan yang berkaitan.Pelabur-pelabur asing boleh menghubungi MIDA untuk mendapatkan bantuan bagi mengadakan kunjungan mengumpul fakta ke Malaysia.
Para pelabur boleh mengunjungi Pusat Maklumat Perniagaan MIDA di mana terdapat maklumat bercetak mengenai peluang-peluang pelaburan, perdagangan, pembiayaan dan produktiviti di sektor pembuatan dan sektor-sektor khidmat sokongan yang berkaitan. Pelabur asing di Koridor Raya Multimedia (MSC) layak menerima pelepasan cukai dan pelbagai pengecualian sebagai pertukaran kepada pemindahan teknologi kepada pembangunan ekonomi tempatan.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan membuat pelaburan di Malaysia:
Panduan Pelabur oleh MIDA (Bahasa Inggeris sahaja)

2. MEMULAKAN PERNIAGAAN

Setelah melalui proses perancangan perniagaan, kini tiba masanya anda memulakan perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan, anda perlulah memastikan bahawa perniagaan anda itu didaftarkan di samping memastikan segala lesen dan permit berkaitan diperolehi. Anda juga perlu mengenal pasti lokasi dan tapak perniagaan yang sesuai.
2.1 Mendaftarkan perniagaan
Anda dikehendaki mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut peruntukan perundangan yang digariskan iaitu Akta Syarikat 1965 (Bahasa Inggeris)

Monday, March 24, 2014

Program Jualan Big Apple




Jualan Big Apple dari Exco Keusahawanan DPP Sime Darby yang telah diadakan selama 4 hari bermula di Cafe Dpp Muamalat pada 13/3, Cafe Dpp Petronas pada 15/3, Kachi Mall pada 21/3 dan Cafe Dpp Petronas pada 22/3. dDari aktiviti ini saya telah menimba pelbagai pengalaman baru dalam menjual serta mempromosikan Big Apple Donuts. 

Friday, March 21, 2014

Faktor Kejayaan dan Kegagalan Usahawan

Ramai yang telah menerokai bidang keusahawanan, ada yang sudah berjaya dan tidak kurang juga yang menemui kegagalan. Jika terdapat dua orang yang menceburi perniagaan yang sama, tidak semestinya mereka mendapat keputusan yang sama.
...
Kajian menunjukkan terdapat beberapa factor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan seseorang dalam bidang keusahawanan. Di antara faktor kejayaan ialah:
..
  • Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi
  • Keinginan yang kuat untuk berjaya
  • Berdisiplin dalam menguruskan perniagaan
  • Memberi tumpuan dalam perniagaan
  • Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap
  • Membentuk jaringan perniagaan yang luas


...Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, ada kalanya kegagalan itu disebabkan faktor-faktor yang di luar kawalan usahawan seperti krisis matawang pada tahun 1997. Bagaimanapun, antara punca-punca kegagalan di dalam kawalan usahawan yang telah dikenal pasti adalah:
  • Kurang memahami bidang perniagaan yang diceburi
  • Terlalu cepat mempelbagaikan perniagaan
  • Terlalu bergantung kepada satu atau dua pelanggan
  • Mempunyai pasukan pengurusan yang lemah
  • Tidak dapat bersaing kerana kos yang tinggi
...
Syarat yang terpenting untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ialah ilmu pengetahuan. Usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu perniagaannya dan kemahiran dalam menguruskan perniagaan.
... ...
Ilmu tentang perniagaan perlu dipecahkan kepada dua peringkat iaitu mengenai industri secara umum dan mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan secara khusus. Pengetahuan dan kemahiran tentang mengurus perniagaan pula melibatkan pengetahuan tentang aspek-aspek pengurusan kewangan, pemasaran, jualan dan khidmat selepas jualan, pengeluaran dan sumber manusia. Tidak kurang penting juga ialah pengetahuan tentang keperluan–keperluan perundangan supaya perniagaan tidak dapat dijalankan dengan teratur.
... 
Kesimpulan yang kedua ialah seseorang usahawan perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang boleh menjadikannya berdisiplin, cekal serta sentiasa memikirkan sesuatu untuk terus berdaya saing dan berdaya maju. Ciri-ciri ini mungkin atau secara semula jadi pada usahawan atau perlu diperolehi dan dibentuk. Usahawan sendiri yang perlu menentukan sama ada beliau ingin memiliki ciri-ciri ini atau tidak.
...
Kita dapat melihat bahawa kebanyakan faktor-faktor yang boleh menjadikan seseorang usahawan berjaya dengan cemerlang terletak pada usahawan itu sendiri. Faktor-faktor ini terletak pada kemampuan usahawan untuk mengawal dan memperbaikinya. Oleh itu dalam keadaan biasa, usahawan tidak seharusnya menyalahkan pihak-pihak lain apabila menemui kegagalan. Usahawan hendaklah sentiasa melihat kepada diri sendiri dan bersedia memperbaiki apa juga kelemahan yang ada.
...

Akhirnya, walau apa juga diperkatakan, kaedah mengejar kecemerlangan dalam keusahawanan adalah sama seperti mengejar kecemerlangan dalam apa jua bidang lain. Tiada jalan ringkas dan pengganti bagi usaha yang gigih dan tekun.

Sumber : usahawanbistari.blogspot.com

Pendidikan keusahawanan

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Sektor pendidikan formal perlu digerakkan untuk mengkaji serta menerapkan bidang keusahawanan secara serius bagi membolehkan lebih ramai anak muda menceburi bidang itu selain kental berdepan pelbagai cabaran dalam persekitaran perniagaan.
Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu melihat golongan itu lari daripada amalan biasa ketika mencari pekerjaan dengan terjun ke bidang berkenaan.
Malah jelas beliau, sistem pendidikan formal yang memasukkan elemen-elemen keusahawanan mampu membekalkan seseorang pelajar 'alat' untuk berfikir secara kreatif, menjadi penyelesai masalah yang berkesan, menganalisis idea-idea perniagaan secara objektif dan berkomunikasi, memimpin serta membuat penilaian dengan baik.
''Kajian mengesahkan pendidikan keusahawanan dapat membantu menggalakkan budaya keusahawanan dan inovatif dengan mengubah pemikiran serta menyediakan kemahiran yang perlu kepada pelajar.
''Walau bagaimanapun, manfaat daripada pendidikan itu tidak terhad kepada merangsang usaha inovatif dan (mewujudkan) pekerjaan baharu, tetapi mampu mempengaruhi motivasi anak muda untuk berusaha mencapai sesuatu yang mungkin sebelum ini dianggap mustahil,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu - Program Pembangunan Pendidikan Inovasi Asia Pasifik (UNESCO-APEID) Ketiga berhubung pendidikan keusahawanan, di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan dan Pengarah UNESCO Biro Serantau bagi Pendidikan Asia Pasifik yang beribu pejabat di Bangkok, Gwang-Jo Kim.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, dalam menumpukan kepada pendidikan keusahawanan, setiap negara berdepan dengan pelbagai cabaran yang berbeza khususnya berkaitan isi kandungan dan pedagogi.
Berhubung hal tersebut ujarnya, adalah penting untuk menyedari 'kedudukan' institusi pendidikan yang mempunyai keutamaan penekanan, tradisi, norma, pengetahuan serta tradisi dan penyelidikan masing-masing.
''Pertimbangan lain adalah sama ada pendidik dilatih secukupnya untuk membangunkan serta menyokong pemikiran keusahawanan. Ini memerlukan kerjasama efektif antara sektor pendidikan dan industri berkaitan.
''Tetapi, dalam konteks pendidikan keusahawanan, kedua-dua sektor itu perlu bekerjasama untuk melengkapkan anak-anak muda dengan kemahiran keusahawanan yang baik selain menyumbang kepada dunia perniagaan secara berkesan,'' katanya.
Oleh yang demikian jelasnya, jika semua isu terbabit dapat ditangani sewajarnya, keusahawanan akan dilihat sebagai pilihan kerjaya terbaik.
Sementara itu menurutnya, selain pelajar yang menjadi perhatian utama, ahli akademik dan penyelidik juga perlu digalakkan untuk turut sama mengambil bahagian dalam bidang keusahawanan.
''Ini supaya mereka lebih berdaya usaha dalam penyelidikan dan pendekatan pengajaran selain meningkatkan penglibatan bersama kelompok komuniti,'' tambahnya.



Sumber : http://www.utusan.com.my © Utusan Melayu (M) Bhd