/>

Friday, February 28, 2014

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun






Latar Belakang



Tan Sri Dato 'Seri Vincent Tan Chee Yioun (lahir 1952) adalah pemilik Cardiff City FC dan juga merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, yang mengawal pelbagai perniagaan yang termasuk bermain golf, hartanah, resort, dan perjudian dalam kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Berjaya. Beliau mengendalikan perkhidmatan TV berbayar kedua di Malaysia, MiTV, yang telah dilancarkan pada September 2005. Pada tahun 2010 beliau memasuki senarai Forbes jutawan dengan nilai dianggarkan sebanyak AS $ 1.3 bilion (RM4.2 bilion). Kejayaan dalam sektor perniagaan Malaysia, Tan telah berkait rapat dengan tokoh-tokoh politik utama Melayu.


Latar Belakang Perniagaan







Berjaya Land Berhad (“BLand”) telah ditubuhkan pada tahun 1990 untuk melaksanakan Skim Penyusunan Semula yang telah dijalankan oleh Sport Toto Malaysia Bhd (“Sport Toto”). BLand juga membuat pengambilalihan utama pelbagai harta dan aktiviti masa lapang yang telah dibiayai melalui Hak dan Terbitan Khas.


Sports Toto telah ditubuhkan pada tahun 1969 oleh Kerajaan Malaysia bagi maksud menjalankanpertaruhan Toto di bawah Seksyen 5 Akta Pertaruhan Pool, 1967. Ia telah diswastakan pada tahun 1985apabila Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Dato 'Seri Vincent Tan Chee Yioun,melalui syarikat swasta yang diambilalih 70% daripada modal berbayarSports Toto telah disenaraikan diBursa Saham Kuala Lumpur pada bulan Julai 1987.


1) Kenapa saya memilih  Tan Sri Dato 'Seri Vincent Tan Chee Yioun :


Berpandukan article yang yang saya baca Tan Sri Dato 'Seri Vincent Tan Chee Yioun, Pengerusi Berjaya Corporation Berhad merupakan seorang yang seorang yang rendah diri . Walaupun beliau diantara usahawan yang Berjaya dan merupakan orang terkaya di Malaysia dia tidak sombong dengan masyarakat dan beliau tetap berkeja keras dalam memastikan syarikat kepunyaan beliau terus maju.

Selain itu juga, dia juga peka terhadap masyarakat dan pekerja beliau. Tan Sri mengambil berat mengenai pekerja-pekerja dibawah naungan beliau.  


Beliau tetap fokus walaupun beliau mempunyai pelbagai perniagaan yang beliau jalankan. Beliau berpendapat, beliau harus melantik orang bawahan yang dapat menjalankan bahagian yang telah ditetapkan. 

2) Bagaimana beliau membangunankan dan pembangunan perniagaan :

Berjaya Corporation Berhad Aktiviti utama syatrikat ini ialah pelaburan hartanah dan pembangunan, Pengurusan Judi & Lotteri dan Perkongsian Masa-Cuti, Perlancongan , Pengurusan dan Pembangunan Hotel & Resorts.
Sekarang ini, Berjaya Group merupakan konglomerat yang besar dengan keuntungan tahunan lebih dari RM2.93 bilion. Menerusi pemilikan,tumbesaran organik dan kepemimpinan keusahawanan daripada Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan, Berjaya Group sekarang ini mempunyai lebih daripada 17,000 pekerja, dan berurusan dengan kepelbagaian aktiviti teras. Ini termasuklah hartanah dan pembinaan, percutian, hotels & resorts, pendidikan, insurans, pemegangan pelaburan, makanan & beverages dan perniagaan industri.
Sepanjang penglibatan beliau, Syarikat utama di bawah Berjaya Corporation yang disenaraikan di dalam Bursa Malaysia Securities Berhad adalah:
  • Berjaya Land Berhad
  • Berjaya Capital Berhad
  • Berjaya Sports Toto Berhad
  • Berjaya Media Berhad
  • Cosway Corporation Berhad
  • Dunham-Bush (Malaysia) Bhd

Sumber : http://malaysiantopusahawanproperty.blogspot.com/

Tatparanandam Ananda Krishnan





Maxis, KLCC & Measat hanyalah 3 dari sejumlah besar projek yang melibatkan beliau.

T. Ananda Krishnan adalah individu yang menguasai Maxis dan beberapa syarikat awam lain. Beliau lebih dikenali dengan nama AK. Pada tahun 2003, beliau adalah individu terkaya di Malaysia.

Latar belakang

Nama sebenarnya adalah Tatparanandam Ananda Krishnan. Berumur 75 tahun dan dilahirkan di Brickfields, KL pada 1hb April, 1938.

Beliau merupakan bekas pelajar Harvard University dalam jurusan MBA. Sebelum itu beliau belajar Sains Politik di Australia. Sekolah awalnya adalah di Sekolah Tamil Vivekananda, Brickfields



Kejayaan

Beliau adalah Pengasas Usaha Tegas Sdn. Bhd. dan beliau memiliki 70 peratus saham Usaha Tegas. Beliau juga memiliki sepenuhnya, yakni 100 peratus pegangan dalam Binariang Satellites Systems atau BSS.

Aspirasinya adalah menjadikan Measat Broadcast Network Systems atau Astro sebagai syarikat media bertaraf global. Melalui Binariang Satellites Systems beliau memiliki dua buah satelit orbit, iaitu Measat 1 dan Measat 2. 43 peratus pegangan dalam KLCC Holdings. Tetapi, beliau sudah menjual kepentingannya dalam KLCC Holdings dan memperoleh RM1.2 bilion.

Usaha Tegas Sdn. Bhd. pula memiliki 33 peratus kepentingan dalam Tanjong Plc, 90 peratus kepentingan dalam Maxis Communications Berhad, 100 peratus pegangan dalam Measat Broadcast Network Systems. Tanjong Plc pula memiliki 84 peratus saham Powertek Bhd.

Beliau juga mempunyai kepentingan dalam Bumi Armada Berhad, iaitu syarikat perkapalan. Objektif Bersatu Sdn. Bhd. dengan 49 peratus kepentingan. Syarikat filem yang berpusat di Hong Kong, iaitu Celestial Pictures Ltd. dengan 100 peratus kepentingan. Kepentingan Ananda Krishnan dalam Celestial Pictures Ltd. dibeli daripada Shaw Brothers pada tahun 2000 dengan harga RM292.6 juta.

Dua buah syarikat, iaitu Zodan dan Zudavi. Dua syarikat itu adalah antara enam buah syarikat yang diberikan hak menggali minyak dan gas di Indonesia pada tahun 2001. Kepentingannya dalam Bumi Armada Berhad diperoleh melalui Objektif Bersatu Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang dibeli dengan usahawan bernama Wan Ariff Wan Hamzah.

Pendidikan

Ananda Krishnan berketurunan Tamil dan bapanya berasal dari Sri Lanka. Beliau bersekolah rendah di Sekolah Rendah Tamil Vivekananda, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke University of Melbourne bagi mendapatkan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan. Bagi peringkat sarjana pula, beliau melanjutkan pengajiannya ke Harvard University, Amerika Syarikat pada tahun 1964 dalam bidang ijazah pentadbiran perniagaan. Selepas mendapat ijazah sarjananya, beliau memulakan perniagaan dalam perdagangan minyak dan gas.

Keistimewaan

Ananda Krishnan adalah usahawan yang pandai memanfaatkan teknologi baru dan peluang perniagaan yang muncul. Kebijaksanaannya terserlah lagi kerana apabila Menara Berkembar Petronas dilancarkan, kadar penghuniannya adalah 100 peratus. Kini, kadar penghuni bagi Menara Berkembar Petronas masih tinggi, iaitu pada kadar 80 peratus.

Sumbangan

Ananda Krishnan banyak menyumbang kepada aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Contohnya, beliau mendermakan sebanyak RM160 juta kepada beberapa dana pendidikan di Malaysia.

Syarikat yang menyumbang dengan jumlah RM160 juta itu adalah Maxis Communications Berhad, Tanjong Plc dan Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. Daripada jumlah itu, RM100 juta didermakan kepada Dana Harapan Nusantara.

Dana Harapan Nusantara ditubuhkan oleh Ananda Krishnan sendiri melalui syarikatnya Usaha Tegas Sdn. Bhd. khas bagi pelajar Bumiputera. Dana Harapan Nusantara juga diberi peruntukan khas, iaitu 300 juta saham dalam Maxis yang bernilai kira-kira RM100 juta, yang dapat dijual apabila perlu.

Dana Harapan Nusantara juga melaksanakan pelbagai projek. Antaranya adalah projek bagi membantu pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui program berkembar di universiti dan kolej swasta tempatan.

Mulai tahun 2004, 100 orang pelajar dipilih setiap tahun bagi menyertai program itu. Selain itu, sebanyak RM5 juta juga diperuntukkan bagi pengurus dan profesional Bumiputera supaya mereka dapat menyertai program pendidikan eksekutif di Harvard Business School.

Usaha Tegas juga menubuhkan Yayasan Yu Cai dengan geran awal sebanyak RM25 juta. Yayasan Yu Cai diwujudkan bagi menyemai dan membangunkan bakat dalam pelbagai bidang.

Sumbangan pertama Yayasan Yu Cai adalah sebanyak RM5 juta yang diperuntukkan bagi membantu penubuhan Jabatan Amalan dan Falsafah Tradisional Cina di Universiti Tun Abdul Razak.

Usaha Tegas juga memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia. Selain itu, Tanjong, Maxis dan Measat pula secara bersama menyumbangkan sebanyak RM10 million kepada Universiti Tun Abdul Razak.


Kenapa saya memilih  Tatparanandam Ananda Krishnan : 


1) Beliau berani dalam menanggung setiap risiko kerana beliau mampu untuk menfaatkan setiap teknologi baru dan peluang-peluang perniagaan yang muncul. Contohnya dalam perniagaannya, beliau berani melakukan perniagaan dalam sector ICT yang tidak mendapat sambutan dari usahawan lain.

2) Beliau juga seorang yang bijaksana dalam merancang pelan-pelan stratgik perniaggan yang bakal dihadapi oleh beliau.

3) Walaupun mempunyai harta yang banyak, beliau juga seorang yang dermawan. Beliau menyumbangkan wangnya ke dalam kebajikan serta kemasyarakatan. Oleh itu, beliau sentiasa mendapat penghormatan yang tinggi.

4) Selain itu juga, beliau juga tidak mengejar nama. Hal ini menyebabkan beliau dihormati. Beliau tidak mengendalikan semua perniagaannya sendiri. Sebaliknya, beliau telah melantik orang atau kumpulan professional bagi menjalankan tugasnya.  

Bagaimana beliau membangunankan dan pembangunan perniagaan :



Antara projek yang berjaya adalah projek pembangunan KLCC iaitu usaha sama di antara Usaha Tegas Sdn. Bhd. dan Petronas.

Melalui pegangannya dalam Tanjong Plc pula, Usaha Tegas Sdn. Bhd. mempunyai kepentingan dalam industri hiburan seperti dalam Tanjong Golden Village Cinemas. Kedua-dua Tanjong Plc dan Powertek Berhad masing-masing mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM2.2 bilion dan RM1.2 bilion. Maxis pula mempunyai seramai 2.3 juta pengguna, menjadikannya syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia.

Perkhidmatan TV Satelit Astro kini meliputi beberapa negara seperti Malaysia, Taiwan, Indonesia, India, Filipina, Brunei dan Vietnam. Di Malaysia sahaja, 850,000 orang menggunakan perkhidmatan TV Satelit Astro. Astro kini bernilai RM4 bilion. Binariang adalah syarikat televisyen satelit pertama negara, diberikan monopoli selama 20 tahun, iaitu sehingga tahun 2017.

Perniagaan di luar negara

Ananda Krishnan mempunyai kepentingan dalam bidang minyak dan gas di Amerika Syarikat, Sri Lanka, Mesir, Indonesia dan sebagainya. Beliau juga dikatakan memiliki dua buah studio animasi, sebuah di Filipina dan sebuah lagi di Hollywood. Beliau juga memiliki ladang pembakaan kuda di Australia. Selain itu, AK juga memiliki kepentingan dalam TVB.com, iaitu TV interaktif yang berpusat di Hong Kong.



Thursday, February 27, 2014

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary



Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara Semenanjung Malaysia. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Baru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya.
Disebabkan oleh latar belakang keluarga yang miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual roti canai. Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam melakukan buku simpanan harian.
Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong TanGhiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar. Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju di rantau ini.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak ‘gas-fired‘ di Tanjung Bin, Johor. Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki kepentingan di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui Syarikat Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34 %.



Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al BukhariYayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.

SUMBER:http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html

Kenapa saya memilih  Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kerana :

1)Walaupun hidup dalam keadaan yang susah dan sukar, beliau tetap berusaha.tanpa merasa putus asa dengan hanya mendapat pendidikan sehingga tingkatan lima, beliau tidak pernah malu. Beliau terus berusaha tanpa kenal putus asa dan merasa berpuashati dengan apa yang diperolehinya.

2)Beliau tidak sombong dan juga mementingkan kebajikan masyarakat. Beliau telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary. Daripada yayasan tersebut, beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam. Selain itu, yayasan ini bagi menampung pelajar-pelajar kurang mampu dan sebagainya.

3)Beliau mengambil banyak risiko dengan terlibat pelbagai sektor peniagaan seperti pengurusan, pelabuhan, pembuatan dan lain-lain.

Bagaimana beliau membangunankan dan pembangunan perniagaan :

Berpandukan artikel diatas, beliau bermula dengan perniagaan yang kecik dan semakin berkembang hari demi hari. Contohnya, selepas tamat SPM, beliau bermula dengan membantu bapanya menternakan lembu. Selepas melihat perniagaan ayahnya mulfis, beliau telah mengambil alih dengan menjual daging lembu. Selepas sedikit Berjaya dalam perniagaan ini beliau telah terlibat dalam pengangkutan. Dan meneruskan dengan menubuhkan beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras. Selepas syarikat tersebut Nampak sudah berjaya, berliau telah beralih kepada usaha sama dengan dua orang perniaga cina iaitu pendagagng beras dan pengilang beras. Setelah perniagaan beras menampakkan hasil, beliau telah bergiat dalam sektor pembuatan seragam tentera untuk Kementerian Pertahanan Malaysia. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Dalam keadaan yang berjaya, beliau telah bertanggungjawab untuk menjaga Pelabuahan Tanjung Pelepas Johor kerana minatnya terhadap pengurusan dan pembangunan pelabuhan. Beliau juga telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor dan  pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) , SKS Ventures Sdn. Bhd, PERNAS, Fiamma Holdings Berhad dan Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad . Dan sehingga beliau mampu untuk membina Yayasan Al-Bukhary untuk kegunaan agama dan masyarakat.


Wednesday, February 26, 2014

Pengalaman Usahawan Yang Menarik ...

Pengalaman yang sukar diperolehi kerana ianya datang hanya sekali. Ia merupakan satu langkah untuk saya berjinak-jinak dalam proses keusahawanan. Saya telah menyertai beberapa aktiviti Keusahawanan yang telah diadakan pada 30 November hingga 2 Disember 2013 iaitu " Jualan Sempena Darbian's Convo Sales" anjuran DPP Sime Darby dan " Fiesta Fantasy Golf " anjuran De'sintok Event & Marketing , pihak JPP, UMM dan pihak P&R, UUM.Melalui kedua-dua aktiviti ini saya lebih mengetahui, bagaimana cara kita dalam merancang sesuatu perniagaan daripada ia bermula dari idea sehingga menjadi peluang-peluang perniagaan dan menjana keuntungan.


Gambar 1 : 
Program tersebut telah diadakan anjuran DPP Sime Darby bagi memupuk semangat keusahawanan dalam diri penghuni DPP Sime Darby. Melalui aktiviti ini kami telah didedahkan pelbagai cara bagi memulakan perniagaan, menjual, menarik pelanggan serta melakukan promosi. 


Gambar 2 :
 Program tersebut telah diadakan anjuran De'Sintok Event & Marketing, JPP, UUM dan P&R, UUM. De'sintok Event & Marketing merupakan salah satu usaha KO-K Siswa Niaga. Melalui tertubuhnya syarikat ini telah memberi pendedahan cara-cara bagi mencari idea dan menukarnya menjadi sebahagian peluang-peluang perniagaan. Idea perniagaan ini hasil daripada cadangan dan perbincangan secara sepakat bersama ahli-ahli yang lain. peniagaan ini telah menyediakan pengalaman bermain golf serta perkhidmatan lain sempena konvo Universiti Utara Malaysia kali ke 26' . 


Gambar-gambar berkaitan :